Taubat

Bab Yang Pertama Pada Menyatakan Taubat Ketahui olehmu bahawasanya taubat itu permulaan jalan bagi sekelian yang menjalani akan jalan akhirat, dan anak kunci bagi tuah sekelian murid, dan bahawasnya taubat itu wajib ia dengan bersegera daripada segala dosa, sekalipun dosa kecil, dan melambatkan taubat itu satu dosa yang lain pula sekalipun berpuluh-puluh tahun, bersalahan bagi muktazilah yang berkata mereka itu dengan berbilang-bilang dosa melambatkan taubat itu dengan sebab panjang masa, tetapi berlebih kurang besarnya dengan berlebih kurang panjang masa melambatkan itu, dan berhajat ia kepada taubat daripada maksiat melambatkan itu seperti wajib ia taubat daripada maksiat yang pertama, kemudian jika mengetahui ia akan segala dosanya atas tafsil nescaya wajib atasnya taubat daripadas semuanya dengan satu-satu, dan tiada memada oleh satu taubat sahaja, baginya segala dosanya itu, dan jika tiada teringat ia akan tafsil segala dosanya maka hendaklah berkata ia; jika ada bagi aku dosa yang tiada aku ketahui akan dia maka aku taubat daripadanya kepada Allah taala dan bahawasanya diri taubat itu satu ibadat yang dijanjikan akan pahala kerananya adapun hilang seksa kemudian daripada taubat maka iaitu diserahkan kepada Allah taala, telah berfirman Allah taala,…………….(Al Baqarah: 222) Ertinya bahawasanya Allah Taala kasih ia akan sekelian yang yang banyak taubat dan firmannya………………..(An Nur : 13) Ertinya dan taubat oleh kamu kepada Allah taala sekelian kamu hai sekelian yang beriman, dan sabda Nabi s.a.w.: …….. Ertinya orang yang taubat daripada dosa seperti mereka yang tiada berdosa, dan sabda Nabi s.a.w. : …..Ertinya orang yang taubat daripada dosa seperti mereka yang tiada berdosa. Dan sabda Nabi s.a.w.: …..Ertinya Hai yang …..(?) manusia taubat oleh kamu kepada Allah taala maka bahawasanya aku taubat kepadanya pada satu hari seatus kali, dan sabdanya …….. Ertinya bahawasanya Allah Taala yang maha mulia lagi yang maha besar menerima ia akan taubat hamba selama belum sampai rohnya kepada halkumnya. Dan sabdanya: ….. Ertinya barang siapa taubat ia sebelum naik matahari daripada tempat lenyapnya nescaya menerima Allah Taala akan taubatnya. Dan ketahui olehmu bahawa makna taubat pada laghah kembali dan pulang, dan pada barang yang berhimpun padanya tiga rukun (pertama) menyesal atas mengerjakan maksiat kerana Allah taala, maka tiada sah taubat mereka yang tiada menyesal atau menyesal ia tiada kerana Allah, seperti menyesal ia kerana bala yang turun atasnya disebabkan maksiat itu, dan (yang kedua) meninggalkan akan maksiat yang taubat ia daripadanya, maka tiada sah taubat mereka yang meninggalkan ia akan maksiat yang taubat ia daripadanya, dan (yang ketiga) mencita-cita atas ketiadaan kembali ia kepada umpama maksiat yang taubat ia daripadanya, maka tiada sah taubat mereka yang tiada mencita-cita atas ketiadaan kembali kepada umpama maksiatnya itu. Ini jika maksiat itu tiada meninggalkan fardhu dan tiada bergantung dengan manusia, ada pun jika ada dosanya itu meninggalkan umpama fardhu sembahyang maka wajib pula atasnya mengqada’ segala fardhu yang luput itu. Dan jika ada maksiat itu bergantung dengan manusia seperti mencuri harta orang maka disyaratkan memulangkan ia akan harta itu atau gantinya kepada ampunyanya, atau minta halal ia daripadanya dengan tafsil pada mazhab kita Shafie. Bersalahan pada mazhab Imam Malik memada meminta halal dengan ijma’. Dan ada padanya kekuasan. Maka jika tiada kuasa ia memulangkannya dan tiada menghalalkan oleh yang mempunyainya maka hendaklah bersungguh-sungguh ia pada mengikhlaskan taubatnya dan memohonkan akan Allah Taala, mudah-mudahan menjadikannya akan yang ampunya harta itu redha pada hari kiamat, Dan setengah daripada syarat taubat itu ketiadaan sampai roh kepada halkum dan ketiadaan naik matahari daripada sebelah barat seperti yang tersebut pada dua hadis yang lalu. Dan apabila sempurna segala syarat dan rukun taubat itu nescaya sah ia dan tak dapat tiada daripada diterima akan dia. Kerna firman Allah Taala: ….Ertinya dan Allah Taala jua yang menerima ia akan taubat daripada hambanya. Dan bermula doa dengan menerima taubat seperti: ….Ertinya Hai Allah terima olehmu akan taubatku. Adalah ia kerana ketiadaan diyakinkan akan cukup segala syarat taubat itu. Inilah perkataan Abu Hassan Al Asyaari. Dan berkata Imam al Harmain dan al Qadhi; bahawa sanya diterima taubat itu dengan zan jiwa, dan bermula khilaf ini pada taubat orang Islam. Adapun taubat kafir dengan masuk Islam maka diterima akan dia dengan putus dengan dalil yang putus dengan intifak ulama’ kerana firman Allah taala:……ertinya Berkata olehmu bagi mereka yang kafir jika berhenti mereka itu daripada kafir dengan masuk Islam nescaya diampuni bagi mereka itu akan barang yang terdahulu daripada segala dosa mereka itu.

Dan ketahui olehmu bahawasanya yang menegah daripada taubat itu israr, ertinya tetap mengerjakan maksiat dan adalah sebab bagi israr itu lima perkara (Yang pertama) bahawasanya seksa yang  yang dijanjikan itu bertangguh. Dan tabiat manusia itu bermudah-mudah ia dengan barang yang tiada tunai maka  ubatnya bahawa berfikir ia . Supaya mengetahui ia akan bahawasanya  tiap-tiap barang yang  akan datang itu  hampir ia. Dan yang jauh itu barang yang tiada datang.  Seperti yang telah lalu. Dan bahawa sanya mati  itu lebih hamper ia kepada seorang daripada tali sepatunya.  Dan tiada mengetahui ia  adakah hari  ini akhir umurnya. Kemudian berfikir ia  betapa penat ia bekerja seperti kerja sawah kerana takut  ketiadaan makanan  pada tahun hadapan. Maka seperti menanggung ia akan penat bekerja  kerana hendak  melepaskan lapar  tahun di muka  seperti itu  menyegerakan ia akan taubat kerana melepaskan seksa  pada masa yang akan dating.  Keranalapar itu pun bertangguh juga . Dan seksa api neraka lebih pedih daripada lapar itu. (Yang kedua) Sukar meninggalkan kesedapan dan keinginan dan ubatnya bahawa berfikir ia bahawasanya jika dikotor yang kafir menyebut baginya akan air sejuk pantang bagi penyakitnya dan member mudharat oleh air sejuk itu akan dia nescaya meninggalkan  is akan  air sejuk itu,sekali pun bersangatan inginnya  ia kepadanya maka hendaklah mengetahui ia akan bahasa sanya Allah Taala dan rasulnya lebih benar daripada dikotor itu, dan  seksa api neraka lebih  pedih  daripada mudharat kesakitan yang disebabkan  air sejuk itu, Dan menetapkan ia dalam hatinya akan bahawasanya apabila sukar atasnya meninggalkan kesedapan  dan keinginan pada  masa yang sedikit maka betapa tiada sukar atasnya  menanggung akan siksa api neraka dan atas luput nikmat syurga?

(Yang ketiga) Menangguh ia akan taubat itu sehari lepas sehari. Dan berkata ia  selagi akan taubat oleh aku  pada masa yang akan datang. Dan taubat itu di dalam  kekuasaan aku dan ubatnya  bahawa fikir ia dan mengetahui ia akan bahawa sanya tiada ada di dalam  kekuasaannya. Dan boleh jadi mati ia dengan terkejut sebelum ia  taubat. Tambahan lagi jika sukar atasnya meninggalkan keinginannya  pada masa sekarang nescaya pada masa yang akan datang lebih sukar ia. Dan jika adalah ia menanti  akan hari yang mudah  atasnya pada hari itu melawan nafsunya  maka iaitu hari yang belum dijadikan akan dia. Adalah bandingannyaseperti seorang yang mengkehendaki ia  mencabut pohon  kayu. Dan lemah ia daripadanya kerana kuat akarnya.  Maka menangguhkan ia kepada tahun yang akan  datang. Dan mengetahui ia  akan bahawa  (?)  pokok kayu itu bertambah besar dan bertambah kuat akarnya dan ia bertambah tua  dan lemah  dan yang demikian itu sehabis-habis jahil

(Yang Keempat)  Bahawa menjanjikan ia akan dirinya  dengan kemurahan Allah Taala dan maafnya dan ini sehabis-habis bodoh. Kerana harap ia akan kelepasan pada ketika tiada menjalani ia akan jalannya. Dan yang demikian itu tiada bias seperti tiada bias belayar perahu pada daratnya. Sabda Nabi s.a.w.:

………………….Ertinya, Bermula orang yang berakal  mereka yang menghisab ia dan menghinakan ia dan  mengerasi ia akan dirinya (ertinya menjadikan ia akan dirinya  mengikut perintah Tuhannya)  dan beramal ia bagi barang yang kemudian daripada mati. Dan bermula orang yang lemah yang taksir ia pada  segala pekerjaan mereka  yang memperikutkan ia akan dirinya  dan keinginan (maka tiada menegah ia  akan dia daripada yang diharamkan) dan  mencita-cita ia atas Allah Taala akan segala angan-angan. Maka serta taksirnya pada mengerjakan  taat dan  serta mengikutnya  akan keinginan tiada ia bersedia dan tiada ia taubat. Bahkan mencita-cita  ia atas Allah Taala  akan ampunannya dan maafnya  dan akan masuk  syurga serta mengekalkan ia atas maksiat dan meninggalkan ia akan taubat. Dan berkata Said bin Jabir rahimah allahu taala: (Bermula kelalaian dengan ALLah bahawa berpanjangan  oleh seorang laki-laki  dengan mengerjakan maksiat dan mencita-cita ia atas ALLah Taala akan ampun)

Dan ketahui oleh mu  bahawasanya dosa kecil itu jadi besar ia dengan beberapa sebab. (Yang pertama) Bahawa membilang kecil ia akan dia dan menghinakan ia kan dia . Maka tiada diperduli ia akan dia dan tiada dikecita ia dengan sebab nya (Yang Kedua) Sukacita ia dengan dia, dan bermegah-megah  ia  dengan dia (Yang Ketiga) Bahawa bermudah-mudah ia  dengan menutupi Allah Taala atasnya, dan menyangka ia akan  bahawasanya   kerana milik  pada sisi Allah Taala  dan tiada mengetahui ia akan bahawasanya ia dimurkai Allah Taala, dan (Yang keempat) Bahawa mengerjakan ia akan dia dengan terang-terangan dan menzahirkan ia akan dia, dan menyebut ia akan dia,  kemudian daripada mengerjakan ia akan dia, sabda Nabi s.a.w.:

……………………….Ertinya, Tiap-tiap umat aku dimaafkan daripadanya (tiada dosa bagi mereka itu) melainkan yang berterang-terang dengan maksiat (tiada dimaafkan daripada mereka itu) Dan setengah daripada menzahirkan dan menerangkan maksiat itu bahawa mengerjakan oleh seorang pada malam akan pekerjaan  yangn jahat, kemudian masuk ia pada masa pagi-pagi pada ketika menutupi  ALLah Taala akan dia maka berkata ia: Aku kerjakan semalam begini, begini, dan sungguhnya telah  bermalam ia menutupi  akan dia oleh Tuhannya, dan berpagi-pagi ia membuka ia akan penutup Allah Taala daripadanya dengan  memasyurkan dosanya (Yang Kelima) Bahawa keluar dosa kecil itu daripada orang alim yang diikut akan dia. Maka demikian itu dosa besar ia kerana bahawa sanya berkekalan ia kemudian daripada matinya. Sabda Nabi s.a.w.: …………………………………………….Ertinya, Barang siapa berjalan ia  pada Islam akan jalan yang  jahat nescaya adalah atasnya dosanya dan dosa mereka yang mengerjakan akan dia kemudiannya daripada ketiadaan kurang daripada segala dosa mereka itu  oleh sesuatu. Dikehendaki dengan berjalan itu menyeru ia dengan perbuatan atau dengan perkataan atau menolong ia atasnya atau diikut akan dia atasnya. Dan  firman Allah Taala:…….ertinya Menulis oleh kami akan  barang yang mendahulukan oleh mereka itu daripada  segala amal kebaikan dan kejahatan dan segala  bekas merekaitu. Dikehendaki dengan segala bekas itu barang yang  menghubungi ia daripada segala  amal kemudian daripada selesai pekerjaan. Dan yang mengerjakan.  Tatkala  adalah yang membangkitkan atas taubat itu takut akan Allah yang keluar ia  daripada pengenalan  nescaya  memperiringkan oleh hamba  akan menyatakan  takut maka hamba berkata.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s